Anda nak belajar cara buat sabun handmade? Mahu jana pendapatan tambahan untuk keluarga hanya dari rumah?

Salam Perkenalan

Saya Azmawati Zohri @ Adjemz, pemilik dan pengasas MySabun.Com 

Saya mula mengenali kraf sabun ini sejak dari tahun 2005 lagi ketika mencari doorgift untuk perkahwinan. Semenjak saat itu, saya mula belajar sendiri cara buat sabun handmade dan cuba menghasilkan pelbagai rekabentuk sabun unik. Pada peringkat awal adalah sekadar suka-suka sahaja sambil mengambil tempahan dari keluarga dan kawan-kawan. Lama kelamaan, saya mula mendapat permintaan untuk mengajar buat sabun. Saya turut menghasilkan kit lengkap buat sabun untuk pelanggan yang mahu belajar buat sendiri atau yang tinggal jauh dari tempat saya. Sehingga saya berjaya buka kedai untuk menjual bahan mentah buat sabun dan studio sabun saya sendiri.  Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini

 

Untitled-design-6.png

Dari Hobi Menjadi Bisnes

Saya amat menggalakkan anda untuk belajar hobi dan kemahiran cara buat sabun handmade ini.  Sabun-sabun yang dihasilkan sendiri ini telah terbukti lebih baik untuk kulit kerana kita boleh menentukan sendiri bahan-bahan berkhasiat semualajadi yang terbaik untuk kulit kita. Tak perlu lagi berhabisan duit membeli produk-produk di pasaran yang mahal harganya. Kita juga boleh memastikan sepenuhnya produk yang digunakan oleh keluarga kita selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya.

 

Selepas anda belajar teknik & cara buat sabun handmade sendiri anda boleh menghasilkan pelbagai jenis sabun. Selain menggunakan sendiri sabun yang anda hasilkan, anda juga boleh berkongsi kemahiran anda dengan orang lain dan jadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga anda.

Pilihan dan potensi bisnes ini tiada had! 

Anda boleh mempelbagaikan idea dan cara untuk anda buat duit dengan produk sabun ini. Macam-macam bisnes sampingan juga boleh anda buat sama ada secara full time dan juga part time. Tak perlu risau tentang persaingan kerana anda boleh cipta modul bisnes anda sendiri mengikut keperluan, minat dan kemahiran anda.

Saya Bantu Anda Untuk Buat Bisnes Sabun Online Dengan Konfiden!

Secara peribadi, saya sendiri telah berjaya membuktikan yang bisnes berasaskan hobi  ini berpotensi menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun hanya dari rumah dan berbekalkan dengan modal yang kecil sahaja. Yang penting adalah minat, usaha dan sentiasa belajar pelbagai ilmu baru untuk majukan diri sendiri. Jadi, bersandarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes sabun secara online, kini saya  ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya ada untuk membantu anda memulakan, menguruskan dan menjalankan bisnes sabun secara online. 

Koleksi EBOOK Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Join Kami Untuk Dapatkan Info Terkini

Media Archives

Klik pada setiap gambar untuk lihat kandungan.