logo-HANDMADE-SOAP.png

MySabun.Com

Tukarkan Hobi Menjadi Bisnes

10 Langkah Keselamatan Ketika Menggunakan Lye

kita akan membincangkan 10 langkah keselamatan yang perlu anda tahu sebelum menghasilkan sabun menggunakan lye atau sodium hidroksida di rumah.

1.Pakai peralatan perlindungan: Sentiasa memakai sarung tangan, goggles dan pelitup muka apabila menggunakan lye untuk melindungi kulit, mata, dan sistem pernafasan daripada bahaya yang mungkin terjadi akibat tersentuh, terkena percikan cecair Lye atau terhidu serbuk Lye

2. Pakai pakaian yang kurang mendedahkan kulit supaya mengurangkan kesan percikan lye pada badan anda.

3. Jangan gunakan alat yang terbuat daripada aluminium semasa membuat sabun. Lye boleh merosakkan aluminium dan melepaskan gas beracun. Guna bekas yang tahan panas, seperti bekas keluli tahan karat atau stainless steel, kaca tahan lasak, atau plastik tahan haba untuk mencampur larutan lye.

4. Pastikan bilik anda mempunyai ventilasi yang baik semasa membuat sabun. Lye mempunyai bau yang kuat dan boleh mengiritasi hidung dan paru-paru. Ia bolehh menyebabkan batuk dan kesan alahan.

5. Jangan sekali-kali menambahkan air ke dalam lye. Lye perlu ditambahkan ke dalam air dengan perlahan-lahan sambil dikacau. Ini membantu mencegah campuran menjadi terlalu panas dan mengelakkan daripada ia meluap atau menyembur.

6. Jangan guna air panas kerana reaksi kimia yang terjadi pembuakkan air lye atau akan menyebabkan bekas mencair dan bocor akibat suhu yang terlalu tinggi.

7.Pastikan bahawa lye disimpan di tempat yang kering, sejuk dan di luar jangkauan kanak-kanak .Pastikan juga lye disimpan jauh daripada bahan-bahan lain seperti asid, clorox dan bahan kimia yang lain.

8. Larutan lye boleh menyebabkan kecederaan dan kerosakan kulit, oleh itu penting untuk berhati-hati semasa mengendalikan larutan ini. Anda perlu pastikan kawasan kerja mempunyai sumber air yang berdekatan. Jika terkena pada kulit atau mata, cepat-cepat cuci dengan air.

9. Pastikan anda mempunyai bekas khas untuk membancuh lye. Bekas ini perlu dilable khas dan hendaklah digunakan semata-mata untuk tujuan membuat sabun sahaja dan tidak boleh digunakan untuk menyediakan makanan.

10. Sabun baru dibancuh masih mempunyai kesan lye, simpan ia ditempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak atau binatang peliharaan.

Jadi, itulah 10 langkah keselamatan yang perlu anda tahu sebelum menghasilkan sabun menggunakan lye di rumah. Ingat, lye adalah bahan kimia yang berbahaya dan harus diambil berhati-hati semasa menangani. Dengan mengambil kira langkah keselamatan ini, anda boleh menghasilkan sabun yang cantik dan berkualiti tinggi dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik Untuk Bantuan

Hi…

Kami baru sahaja terbitkan sebuah lagi ebook baru Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ebook panduan ini, boleh klik pada gambar atau butang dibawah!