Anda nak belajar cara buat sabun handmade? Mahu jana pendapatan tambahan untuk keluarga hanya dari rumah?
Saya Azmawati Zohri @ Adjemz, pemilik dan pengasas MySabun.Com
Saya mula mengenali kraf sabun ini sejak dari tahun 2005 lagi ketika mencari doorgift untuk perkahwinan. Semenjak saat itu, saya mula belajar sendiri cara buat sabun handmade dan cuba menghasilkan pelbagai rekabentuk sabun unik.
Pada peringkat awal adalah sekadar suka-suka sahaja sambil mengambil tempahan dari keluarga dan kawan-kawan. Lama kelamaan, saya mula mendapat permintaan untuk mengajar buat sabun. Saya turut menghasilkan kit lengkap buat sabun untuk pelanggan yang mahu belajar buat sendiri atau yang tinggal jauh dari tempat saya. Sehingga saya berjaya buka kedai untuk menjual bahan mentah buat sabun dan studio sabun saya sendiri.
Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini
Ya…Secara peribadi, saya sendiri telah berjaya membuktikan yang bisnes berasaskan hobi ini berpotensi menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun hanya dari rumah dan berbekalkan dengan modal yang kecil sahaja.
Inilah bukti yang menunjukkan potensi bisnes sabun ini cukup besar, bukan hanya sekadar menjual sabun sahaja.
Jadi bagi anda yang mencari kerja part time yang fleksibel kerana masih bekerja atau belajar, atau ingin bersara inilah juga modul bisnes terbaik untuk anda kerana bisnes sabun ini cukup mudah dan mempunyai risiko yang amat minimum.
Sebenarnya, mereka yang tiada bakat seni juga boleh hasilkan sabun handmade sendiri kerana ianya terlalu mudah. Bayangkan kalau anda seorang yang kreatif. Wah, pasti hasilnya lebih cantik!
Bersandarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes sabun handmade secara online, kini saya ingin berkongsi “Rahsia” yang menyebabkan MySabun masih bertahan sehingga sekarang!
Memperkenalkan…
Kalau anda masih baru dan tak tahu nak mulakan dari mana. Boleh dapatkan Ebook Rahsia Bisnes Sabun ini.
Oleh kerana pilihan yang pelbagai, Ebook ini akan membantu anda untuk memilih jenis sabun dan niche yang terbaik untuk anda bermula!
Dalam ebook ini, anda akan belajar perkara asas yang penting berkaitan jenis-jenis pembuatan sabun, panduan pengiraan kos dan keuntungan dan juga langkah-langkah untuk anda memulakan bisnes sabun dari rumah.
Selepas anda tahu jenis sabun yang anda nak buat, barulah anda sertai kelas untuk belajar secara terperinci!
Ya! Selain sabun, kini anda juga boleh pilih untuk belajar menghasilkan produk skincare menggunakan bahan semulajadi dan herba termasuk langkah untuk mendaftarkan produk anda.
Ini peluang anda membina jenama produk anda sendiri bermula dari rumah!
Pelbagai kursus berkaitan produk sabun dan produk penjagaan kulit & kecantikan untuk anda pilih. Semua kursus akan dikendalikan oleh pakar yang berpengalaman dan berkelayakkan yang dipilih khas mengikut bidang masing-masing.
Anda juga boleh request formula khas untuk produk (tertakluk ada terma & syarat)
Belajar cara menghasilkan sabun bar organik menggunakan minyak natural & Lye tanpa melibatan proses memasak.
Belajar cara menghasilkan sabun bar organik menggunakan minyak natural & Lye dengan cara memasak sabun.
Belajar cara menghasilkan sabun organik & natural dalam bentuk cecair menggunakan minyak semulajadi.
Belajar cara menghasilkan sabun detergen menggunakan bahan superfaktan
Belajar cara menghasilkan sabun pembersih muka samada dalam bentuk gel pembersih, cleansing oil atau cleansing lotion
Belajar cara menghasilkan whipping soap base (asas) dan cara membuat body scrub berasaskan whipping soap asas
Belajar cara menghasilkan sabun scrub yang berasaskan garam mandian untuk detox badan
Anda boleh terus belajar langkah demi langkah buat sabun & produk pilihan anda secara berdepan dengan guru.
Anda boleh pilih tarikh untuk datang belajar di tempat kami.
*Dapatkan Diskaun Istimewa.
TAK PERLU LANGGAR DINDING! TAK PERLU MEMBAZIR MASA & WANG UNTUK R&D!
Anda akan mendapat tunjuk ajar direct dengan pakar kami untuk menghasilkan produk pertama anda. Anda boleh terus tanya soalan ketika dalam kelas & anda juga akan mendapat khidmat nasihat dengan pakar kami selama 3 bulan selepas kelas.
Selain Ilmu menghasilkan produk anda juga perlu dan wajib tahu ilmu asas tentang cara memulakan bisnes sabun dari rumah
Anda juga perlu belajar dan lengkapkan diri anda dengan teknik untuk marketkan produk anda secara online.
WhatsApp kami untuk dapatkan harga istimewa sekarang!!!