Saya amat menggalakkan anda untuk belajar hobi dan kemahiran cara buat sabun handmade ini. Sabun-sabun yang dihasilkan sendiri ini telah terbukti lebih baik untuk kulit kerana kita boleh menentukan sendiri bahan-bahan berkhasiat semualajadi yang terbaik untuk kulit kita. Tak perlu lagi berhabisan duit membeli produk-produk di pasaran yang mahal harganya. Kita juga boleh memastikan sepenuhnya produk yang digunakan oleh keluarga kita selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya.
Selepas anda belajar teknik & cara buat sabun handmade sendiri anda boleh menghasilkan pelbagai jenis sabun. Selain menggunakan sendiri sabun yang anda hasilkan, anda juga boleh berkongsi kemahiran anda dengan orang lain dan jadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga anda.