cara buat sabun basuh pinggan

Kursus Sabun Basuh Pinggan

Current Status
Not Enrolled
Price
MYR 80.00
Get Started

Adakah anda ingin belajar bagaimana mengubah minyak masak terpakai menjadi sesuatu yang berguna? Dalam Kursus Sabun Basuh Pinggan ini, anda akan belajar bagaimana cara mengubah dan mengkitar semula minyak masak terpakai menjadi sabun berkualiti tinggi yang lembut terhadap kulit dan mesra terhadap alam.

 

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Anda akan belajar asas tentang cara membuat sabun basuh pinggan guna minyak masak terpakai. Kami juga akan berkongsi resipi sabun, tips dan tricks yang penting untuk anda upgrade sabun tersebut menjadi sabun yang berkualiti, lebih banyak buih dan lebih mesra pada kulit. Anda boleh cuba hasilkan sendiri dengan mengikuti video langkah demi langkah yang kami berikan dalam kursus ini.

 

Apa Yang Anda Akan Dapat Pada Akhir Kursus Ini?

Pada akhir kursus, anda akan dapat menghasilkan sendiri 2 jenis sabun basuh pinggan yang berkualiti, lebih banyak buih dan lebih mesra pada kulit hanya dengan menggunakan minyak masak terpakai dengan campuran bahan semulajadi yang ada di rumah anda. Anda bukan sahaja akan mengurangkan pembuangan dan menjimatkan sumber, malah anda juga boleh menjimatkan wang dan mencipta produk yang anda boleh dibanggakan.  Anda juga akan dapat menyesuaikan sabun anda itu dengan pelbagai pilihan bau, warna, dan bahan tambahan yang terbaik untuk kulit. Yang paling menarik, anda juga boleh menjana wang dari sabun yang anda hasilkan itu sambil menjalankan peranan anda dalam pemuliharaan alam sekitar.

 

Sertai Kursus Ini Hari ini

Pembuatan sabun dari minyak masak terpakai bukan sahaja pilihan terbaik untuk memelihara alam sekitar, malah ia juga boleh dijadikan produk untuk bisnes kecil-kecilan di rumah. Anda akan dibimbing melalui keseluruhan proses, langkah demi langkah dalam bentuk video. Dengan arahan yang mudah difahami, anda akan dapat membuat sabun sendiri dari minyak masak terpakai dalam masa yang singkat. Sama ada anda seorang pemula atau mempunyai sedikit pengalaman dalam pembuatan sabun, kursus kami direka untuk membantu anda berjaya. Untuk masa yang terhad, kami menawarkan diskaun khas untuk pelajar yang mendaftar awal, jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang dan mulakan membuat sabun sendiri dari minyak terpakai!