Kursus Sabun MP organik

Kursus Sabun Melt & Pour – Asas Sabun Organik

Current Status
Not Enrolled
Price
MYR 150.00
Get Started

Adakah anda ingin belajar bagaimana untuk membuat sabun kecantikan menggunakan bahan organik dengan cara yang menyeronokkan dan mudah tanpa menggunakan bahan beralkali Lye? Anda akan belajar caranya dalam Kelas Sabun Melt & Pour Asas kami ini.

Untuk pengetahuan anda, pembuatan sabun melt and pour adalah terbaik untuk sesiapa sahaja yang baru ingin bermula membuat sabun kerana ia tidak melibatkan penggunakan bahan kimia berbahaya seperti Lye atau Sodium Hydroxide. Malah sabun yang telah disiap dibuat boleh terus digunakan.

 

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Dalam kursus ini, anda akan belajar semua perkara asas tentang cara membuat sabun kecantikan untuk muka dan badan dengan menggunakan sabun melt and pour. Bermula dari cara memilih bahan yang betul, mewarnakan dan memilih haruman sabun yang terbaik hinggalah dalam pemilihan bahan tambahan yang berkhasiat untuk sabun anda. Kami juga akan berkongsi tips dan tricks yang penting untuk anda tahu dalam menghasilkan sabun yang berkualiti, berkhasiat, cantik dan menarik. Dalam kelas ini juga kami sertakan 10 resipi sabun kecantikan untuk anda cuba hasilkan sendiri dengan mengikuti video langkah demi langkah yang kami sediakan. 

 

Apa Yang Anda Akan Dapat Pada Akhir Kursus Ini?

Pada akhir kursus, anda akan dapat menghasilkan sendiri 10 jenis sabun muka dan badan menggunakan bahan semulajadi yang ada di rumah anda. Anda juga boleh menggunakan pengetahuan yang anda dapat untuk mencipta  resipi sabun sendiri. Anda boleh gunakan untuk diri sendiri, atau untuk idea bisnes dari rumah.

 

Sertai Kursus Ini Hari ini

Kursus kami sesuai untuk orang yang mencari cara yang mudah dan murah untuk membuat sabun sendiri, tanpa perlukan peralatan atau bahan khusus. Ia juga sesuai untuk orang yang mencari idea bisnes tanpa modal yang besar untuk dimulakan dari rumah. Samada anda bermula sebagai hobi atau hanya ingin memperluaskan pengetahuan anda dalam pembuatan sabun, kursus kami ini direka untuk membantu anda berjaya. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Daftar sekarang dan mulakan hobi sabun anda hari ini! Dan untuk masa yang terhad, kami menawarkan diskaun khas pengenalan untuk pelajar terawal mendaftar, jangan lepaskan peluang ini.