Kursus Sabun MP cenderahati

Kursus Sabun Melt & Pour – Cenderahati Majlis

Current Status
Not Enrolled
Price
MYR 150.00
Get Started

Adakah anda ingin belajar bagaimana untuk membuat sabun unik dan pelbagai bentuk yang sesuai dijadikan hadiah atau cenderahati istimewa untuk majlis? Jana pendapatan dari rumah? Ianya amat mudah! Tanpa menggunakan bahan beralkali Lye dan anda boleh mencipta pelbagai bentuk istimewa yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Anda akan belajar teknik dan caranya dalam Kursus Sabun Melt & Pour – Cenderahati Majlis kami ini.

Untuk pengetahuan anda, pembuatan sabun melt and pour adalah terbaik untuk sesiapa sahaja yang baru ingin bermula membuat sabun. Kursus kami sesuai untuk orang yang mencari idea sabun cenderahati yang cantik tanpa modal yang besar. Anda juga boleh gunakan kemahiran ini untuk bina bisnes produk doorgift dari rumah.

 

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Dalam kursus ini, anda akan belajar semua teknik penting membuat dan membentuk sabun dengan menggunakan sabun melt and pour. Bermula dari cara memilih bahan yang betul, teknik mewarnakan dan memilih haruman sabun hinggalah teknik menggunakan pelbagai bentuk acuan untuk menghasilkan rekaan sabun yang menarik. Kami juga akan berkongsi tips dan tricks yang penting untuk anda tahu dalam menghasilkan cenderahati sabun yang cantik dan menarik. Dalam kelas ini juga kami sertakan 10 bentuk sabun yang menggabungkan pelbagai teknik untuk anda cuba hasilkan sendiri dengan mengikuti video langkah demi langkah yang kami berikan dalam kursus ini. 

 

Apa Yang Anda Akan Dapat Pada Akhir Kursus Ini?

Pada akhir kursus, anda akan dapat menghasilkan sendiri 10 jenis sabun cenderahati yang unik dan menarik. Anda juga boleh menggunakan pengetahuan yang anda dapat untuk mencipta  rekaan sabun sendiri. Anda boleh gunakan berikan kemahiran ini untuk menjana pendapatan dari rumah. Kursus kami ini direka untuk membantu anda berjaya.

 

Sertai Kursus Ini Hari ini

Kursus kami sesuai untuk orang yang mencari cara yang mudah dan murah untuk membuat sabun sendiri, tanpa perlukan peralatan atau bahan khusus. Ia juga sesuai untuk orang yang mencari idea bisnes tanpa modal yang besar untuk dimulakan dari rumah. Samada anda bermula sebagai hobi atau hanya ingin memperluaskan pengetahuan anda dalam pembuatan sabun, kursus kami ini direka untuk membantu anda berjaya. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Daftar sekarang dan mulakan hobi sabun anda hari ini! Dan untuk masa yang terhad, kami menawarkan diskaun khas pengenalan untuk pelajar terawal mendaftar, jangan lepaskan peluang ini