Soap Calculator
Kalkulator formulasi sabun bar (NaOH) dan bahan asas Soap Paste (KOH). Pilih minyak, masukkan berat, semak tetapan dan lihat hasil kiraan dalam satu dashboard.
Anda Nak Buat Sabun Apa?
Pilih jenis sabun yang anda mahu hasilkan. Jenis alkali akan ditetapkan secara automatik.
Pilih Minyak
Pilih minyak atau butter dan masukkan berat setiap bahan dalam gram. Anda boleh gunakan SAP rujukan MySabun atau SAP sebenar daripada pembekal/COA.
Tetapan Formula
Jenis alkali mengikut pilihan sabun pada Langkah 1. Anda hanya perlu semak dan lengkapkan tetapan yang lain.
Rekod Formula Sabun
Senarai Minyak & Kuantiti
| Bil. | Minyak / Butter | Berat (g) | % Formula |
|---|
Ringkasan Jumlah Formula
—
Nota: Rekod ini ialah pengiraan formulasi, bukan pengesahan keselamatan produk. Sahkan SAP, ketulenan alkali, penimbangan dan prosedur sebelum menghasilkan sabun.
Analisis & Profil Asid Lemak
Anggaran Sifat Sabun
—
Fatty Acid Profile Formula
Profil asid lemak membantu anda memahami bagaimana campuran minyak mempengaruhi sifat sabun. Nilai ini merupakan anggaran, bukan keputusan ujian makmal.
Panduan umum sahaja. Sifat sebenar bergantung pada keseluruhan formula dan proses; nilai minyak boleh berubah mengikut sumber dan batch.
Langkah Seterusnya untuk Menjadi Sabun Cecair
- Sahkan saponifikasi dan semak alkali bebas pada Soap Paste.
- Tentukan kaedah serta nisbah pencairan melalui ujian berasingan.
- Cairkan dengan air yang sesuai secara berperingkat.
- Semak pH bersama keputusan alkali bebas; pH sahaja tidak mencukupi.
- Semak buih, kejernihan, kelikatan dan kestabilan.
- Nilai risiko mikrobiologi dan keperluan pengawet.
- Jalankan ujian kualiti serta keselamatan produk akhir.
- Patuhi keperluan pelabelan dan peraturan sebelum menjual.
Senarai untuk pengetahuan sahaja. Kalkulator ini tidak mengira air pencairan atau mengesahkan sabun cecair siap selamat digunakan.
Ringkasan Formula
Untuk simpan PDF: Klik butang di atas, kemudian tukar pilihan Destination / Destinasi kepada Save as PDF / Simpan sebagai PDF dalam dialog cetakan pelayar. Pilih Save / Simpan. Butang ini menggunakan fungsi cetakan pelayar, bukan muat turun PDF automatik.
Hasil ini hanya mengira bahan untuk menyediakan campuran awal Soap Paste. Berat pes siap boleh berubah selepas pemanasan. Pencairan, kestabilan dan keselamatan sabun cecair akhir perlu dinilai berasingan.
*Jumlah minyak + lye + air sahaja; belum termasuk pewangi, warna atau bahan tambahan.
Anggaran Sifat Sabun
Skor ini ialah indeks perbandingan formula, bukan keputusan ujian makmal. Julat rujukan ialah panduan umum; formula di luar julat masih boleh menghasilkan sabun yang baik.
Kenali Formula Anda
Rumusan dan profil asid lemak untuk memahami sifat campuran minyak. Ini bukan pengesahan keselamatan produk.
Rumusan Formula Anda
Fatty Acid Profile FormulaLihat penerangan
Profil asid lemak membantu anda memahami bagaimana campuran minyak mempengaruhi sifat sabun. Nilai ini merupakan anggaran, bukan keputusan ujian makmal.
Fungsi di atas ialah panduan umum. Sifat sabun sebenar bergantung kepada keseluruhan formula, proses dan bahan tambahan. Nilai asid lemak minyak juga boleh berbeza mengikut pembekal serta batch.
Langkah Seterusnya untuk Menjadi Sabun Cecair
Ini hanyalah senarai proses lanjutan. Pengiraan MySabun berhenti pada Soap Paste.
- Sahkan saponifikasi dan semak alkali bebas dalam Soap Paste.
- Tentukan kaedah serta nisbah pencairan melalui ujian berasingan.
- Cairkan Soap Paste dengan air yang sesuai secara berperingkat.
- Semak pH bersama keputusan alkali bebas; pH sahaja tidak mencukupi.
- Periksa buih, kejernihan, kelikatan dan kestabilan.
- Nilai risiko mikrobiologi dan keperluan pengawet.
- Jalankan ujian kualiti serta keselamatan produk akhir.
- Patuhi keperluan pelabelan dan peraturan sebelum menjual.
Kalkulator ini tidak menentukan air pencairan, kaedah pengawetan atau keselamatan sabun cecair siap.
Sodium Hydroxide (NaOH) dan Potassium Hydroxide (KOH) ialah bahan mengakis. Pakai sarung tangan dan perlindungan mata, bekerja di kawasan berventilasi baik dan sentiasa masukkan lye ke dalam air — bukan air ke dalam lye. Kiraan ini membantu formulasi; ia bukan pengesahan keselamatan produk siap.
Cara Menggunakan Soap Calculator MySabun
Namakan projek anda, kemudian ikut tiga langkah mudah sebelum tekan butang kira.
- Langkah 1 — Anda Nak Buat Sabun Apa? Masukkan Nama Projek, kemudian pilih Sabun Bar atau Sabun Cecair. Calculator akan tetapkan alkali secara automatik: NaOH untuk sabun bar, KOH untuk sabun cecair.
- Langkah 2 — Pilih Minyak. Pilih minyak atau butter dan masukkan berat setiap bahan dalam gram. Anda boleh tambah minyak lain jika perlu.
- Langkah 3 — Tetapan Formula. Semak jenis alkali yang dipilih secara automatik, kemudian tetapkan Lye Discount, Lye Concentration dan Purity mengikut formula serta label/COA bahan anda.
- Tekan Kira Sekarang untuk melihat jumlah alkali, air, peratus minyak dan anggaran sifat formula.
- Semak hasil kiraan, nilai SAP dan sumber rujukan. Klik Cetak / Simpan PDF untuk mendapatkan rekod bertarikh yang mengandungi nama projek, minyak, alkali dan air. Untuk sabun cecair, air pencairan akhir ditentukan secara berasingan.
Soap Calculator digunakan untuk apa?
Ia membantu mengira lye dan air berdasarkan minyak yang dipilih supaya pembuat sabun boleh merancang formula dengan lebih tersusun sebelum membuat batch.
Perlu pilih NaOH atau KOH sendiri?
Tidak. Pilih jenis sabun pada Langkah 1. Calculator akan menggunakan NaOH untuk Sabun Bar atau KOH untuk Sabun Cecair secara automatik. Jenis alkali dipaparkan pada Langkah 3 untuk disemak.
Apa itu SAP dalam Soap Calculator?
SAP ialah nilai saponifikasi yang menunjukkan keperluan alkali bagi sesuatu minyak atau lemak. Minyak berbeza mempunyai nilai SAP yang berbeza.
Adakah Soap Calculator menjamin formula selamat?
Tidak. Calculator membantu pengiraan formulasi tetapi bukan pengesahan keselamatan produk. Semak bahan, purity, SAP, prosedur kerja dan kiraan sebelum menghasilkan batch sebenar.
Faham Dulu Sebelum Kira
Klik mana-mana istilah untuk faham maksud dan kepentingannya.
Apa itu SAP Value?
Nilai SAP menunjukkan jumlah mg Potassium Hydroxide (KOH) yang diperlukan untuk menyaponifikasikan 1 gram minyak atau lemak. Setiap minyak mempunyai nilai berbeza dan nilai sebenar sesuatu batch boleh berubah.
Apa itu NaOH?
Sodium Hydroxide (NaOH) ialah alkali yang biasa digunakan untuk menghasilkan sabun bar melalui proses saponifikasi. Ia perlu ditimbang dengan tepat dan dikendalikan dengan langkah keselamatan yang betul.
Apa itu KOH?
Potassium Hydroxide (KOH) ialah alkali yang biasa digunakan untuk menghasilkan sabun cecair. KOH komersial mungkin mempunyai ketulenan kurang daripada 100%, jadi gunakan nilai purity daripada label atau COA pembekal.
Apa itu Lye Discount?
Lye discount ialah pengurangan jumlah lye daripada jumlah teoritikal yang diperlukan pada 0%. Ia memberi margin supaya formula tidak menggunakan lye pada jumlah maksimum teoritikal. Nilai lebih tinggi tidak semestinya lebih baik.
Lye Discount vs Superfat?
Kedua-duanya berkait tetapi dilihat dari sudut berbeza: lye discount mengurangkan lye, manakala superfat menerangkan lebihan minyak/lemak yang tidak disaponifikasikan. Dalam penggunaan harian, istilah ini sering digunakan hampir sama.
Apa itu Lye Concentration?
Peratus berat lye dalam campuran lye + air. Contohnya 33% bermaksud kira-kira 33 bahagian lye dalam 100 bahagian larutan lye. Ia mempengaruhi jumlah air dan tingkah laku proses.
Apa itu Water : Lye Ratio?
Nisbah berat air kepada lye. Contoh 2:1 bermaksud kira-kira 2 g air bagi setiap 1 g lye. Calculator akan paparkan nisbah setara berdasarkan lye concentration yang dipilih.
Apa itu Lye Purity?
Ketulenan sebenar NaOH atau KOH. Jika pembekal menyatakan purity kurang daripada 100%, jumlah bahan yang perlu ditimbang berubah. Gunakan nilai daripada label atau COA pembekal — jangan meneka.
Kenapa SAP boleh berbeza?
Minyak ialah bahan semula jadi. Varieti, proses, pembekal dan batch boleh menyebabkan variasi. Jika supplier memberi nilai SAP sebenar atau Certificate of Analysis (COA), gunakan nilai tersebut untuk kiraan yang lebih tepat.
Apa itu Fatty Acid Profile?
Profil fatty acid ialah anggaran peratus asid lemak utama dalam sesuatu minyak seperti lauric, palmitic, stearic dan oleic. Ia digunakan untuk menganggarkan sifat formula seperti hardness, cleansing, conditioning dan jenis buih. Nilainya boleh berbeza mengikut sumber dan batch minyak.
Apa maksud Anggaran Sifat Sabun?
Hardness (Kekerasan), Cleansing (Kuasa Membersih), Conditioning (Kelembutan pada Kulit), Bubbly (Buih Besar) dan Creamy (Buih Berkrim) ialah indeks perbandingan berdasarkan profil fatty acid formula. Ia membantu membandingkan resipi, tetapi bukan ujian makmal, bukan jaminan prestasi dan bukan ukuran keselamatan atau kesesuaian pada kulit.
Apa Itu Soap Calculator?
Soap Calculator ialah alat pengiraan formulasi sabun yang membantu menentukan berapa banyak alkali atau lye diperlukan untuk sesuatu campuran minyak dan lemak. Setiap minyak mempunyai nilai SAP (saponification value) yang berbeza, jadi jumlah NaOH atau KOH tidak boleh ditentukan hanya berdasarkan jumlah berat minyak.
Dengan MySabun Soap Calculator, anda boleh memilih minyak yang digunakan, masukkan berat dalam gram dan melihat peratus setiap minyak secara automatik. Calculator kemudian mengira NaOH untuk sabun bar atau KOH untuk sabun cecair, jumlah air, lye discount, lye concentration, water : lye ratio serta anggaran berat batch.
Untuk formula sabun bar, calculator turut memaparkan anggaran sifat formula berdasarkan profil fatty acid seperti kekerasan, kuasa membersih, kelembutan pada kulit, buih besar dan buih berkrim. Nilai ini ialah panduan formulasi dan bukan keputusan ujian makmal.
Nak Bina Bisnes Sabun Dengan Lebih Tersusun?
Soap Calculator ialah salah satu tools MySabun. Jika anda mahu panduan yang lebih lengkap, MySabun Home Business Starter Pack membantu anda daripada memilih arah bisnes, mengira kos dan harga, membuat semakan sebelum menjual, membina sistem jualan, menghasilkan content hingga grow online.
Carta Khasiat Minyak Untuk Membuat Sabun
Kenali 30 jenis minyak sebagai rujukan semasa memilih minyak untuk formula sabun handmade anda.
Sumber & Metodologi
Nilai SAP ialah nilai rujukan. Nilai sebenar minyak boleh berbeza mengikut jenis, pembekal dan batch. Jika supplier menyediakan SAP sebenar atau COA, gunakan nilai tersebut.
Lihat Master SAP Table MySabun
| Minyak / Lemak | SV Default | SAP KOH | SAP NaOH | Julat | Sumber |
|---|---|---|---|---|---|
| Coconut Oil / Minyak Kelapa | 256.5 mg KOH/g | 0.2565 | 0.1829 | 248–265 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Kernel Oil / Minyak Isirung Sawit | 242.0 mg KOH/g | 0.2420 | 0.1725 | 230–254 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Oil / Minyak Sawit | 199.5 mg KOH/g | 0.1995 | 0.1422 | 190–209 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Olein | 198.0 mg KOH/g | 0.1980 | 0.1412 | 194–202 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Stearin | 199.0 mg KOH/g | 0.1990 | 0.1419 | 193–205 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Olive Oil / Minyak Zaitun | 190.0 mg KOH/g | 0.1900 | 0.1355 | 184–196 | Codex Codex CXS 33-1981 |
| Beef Tallow / Lemak Lembu | 196.0 mg KOH/g | 0.1960 | 0.1397 | 190–202 | Codex Codex Standard for Edible Fats |
| Sweet Almond Oil / Minyak Badam | 194.0 mg KOH/g | 0.1940 | 0.1383 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Avocado Oil / Minyak Avokado | 187.5 mg KOH/g | 0.1875 | 0.1337 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Apricot Kernel Oil | 192.0 mg KOH/g | 0.1920 | 0.1369 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Macadamia Nut Oil | 195.0 mg KOH/g | 0.1950 | 0.1390 | 190–200 | Technical Macadamia technical specification / ISO 3657 method |
| Castor Oil / Minyak Jarak | 181.5 mg KOH/g | 0.1815 | 0.1294 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Shea Butter | 188.0 mg KOH/g | 0.1880 | 0.1340 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Cocoa Butter | 196.5 mg KOH/g | 0.1965 | 0.1401 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Mango Butter | 191.5 mg KOH/g | 0.1915 | 0.1365 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
Last reviewed: 1 November 2026. SAP KOH = SV ÷ 1000. SAP NaOH = SAP KOH × 0.713.
