Klik Untuk Bantuan
logo-HANDMADE-SOAP.png

MySabun.Com

Tukarkan Hobi Menjadi Bisnes

Panduan Membuat Sabun Cairkan dan Tuang (Melt & Pour Soap) Untuk Newbies

Kaedah cair dan tuang merupakan cara baik dan mudah yang boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang ingin belajar membuat sabun. Anda hanya perlu mencairkan sabun asas (soap base), menambahkan warna serta wangian kegemaran mengikut kesesuaian dan kemudian perlu tuang kesemua bahan ke dalam acuan pilihan. 

 

Cara membuat sabun dengan kaedah ini amat sesuai sekiranya anda baru sahaja ingin mencuba-cuba kraf membuat sabun ini. Malah kaedah ini boleh juga di lakukan oleh kanak-kanak kerana anda tidak perlu untuk mengendalikan lagi Iye, dan boleh fokus pada reka bentuk sabun.  Sabun ini sedia untuk digunakan sebaik sahaja ia menjadi sejuk dan keras. 

 

Bahan Asas Sabun

Terdapat pelbagai jenis asas sabun yang boleh digunakan. Untuk permulaan, anda boleh cuba menggunakan asas seperti asas jelas dan asas putih. Kedua- dua asas ini berciri ringan, mempunyai kuasa pembersihan serta boleh ditambah dengan bahan lain seperti warna dan wangian mengikut kesesuaian. Asas sabun yang jelas, biasanya mempunyai warna lebih terang, manakala, asas putih memiliki lebih banyak warna pastel. Di samping itu, anda boleh cuba menggunakan asas sabun yang ditambahkan dengan bahan aditif seperti mentega shea, susu kambing ataupun aloe vera. Segala jenis asas tersebut boleh dicari di sini. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mnegenai asas, boleh membaca post di blog ini.

Wangian

Sabun boleh dibuat menjadi wangi melalui penambahan minyak wangian ataupun minyak pati. Bagi setiap paun sabun, kadar kegunaan wangian ialah sebanyak 0.3 oz. Cari pengesyoran wangian berciri ringan, sederhana serta kuat dengan menggunakan Kalkulator Wangian (Fragrance Calculator). Pastikan anda memilih wangian yang selamat bagi kegunaan kulit seperti yang dari Bramble Berry. Pewangi bunga rampai, kraf ataupun lilin mungkin kurang selamat untuk kegunaan pada kulit atau untuk diuji ke dalam sabun. Pastikan anda semak dengan pembuat atau pengilang wangian sebelum menggunakannya ke dalam sabun.

Gliserin

Gliserin merupakan hasil sampingan semula jadi yang terhasil daripada proses saponifikasi. Gliserin boleh ditambah ke dalam sabun untuk menjadikannya lebih baik. Hal ini disebabkan kerana gliserin boleh menarik lembapan pada kulit serta  memastikan kulit sentiasa terhidrat. Gliserin tambahan akan ditambah sewaktu proses pembuatan cair dan tuang bagi tujuan memudahkan kerja. Biasanya, sabun ditambah dengan gliserin akan menghasilkan wap sewaktu cuaca lembap. Oleh itu, pastikan anda membalut bar sabun dan simpan di tempat yang sejuk dan kering. Maklumat lebih lanjut boleh didapati dalam post “ Menjelaskan dan Mencegah Wap Gliserin”

Acuan

Pastikan anda menggunakan acuan sabun yang boleh bertahan pada suhu tinggi. Ini penting bagi mengelakkan acuan menjadi cair ketika menuangkan sabun panas ke dalam acuan tersebut. Anda juga perlu memastikan acuan ini fleksibel agar mudah untuk dibuka kemudian. Kami suka menggunakan acuan silikon dan plastik untuk proses cair dan tuang. Anda boleh mencari acuan tersebut di blog ini.

Pewarna

Terdapat pelbagai jenis pilihan yang boleh digunakan bagi mewarnakan sabun yang diperbuat daripada proses cair dan tuang. Hasil bar sabun boleh dijadikan menjadi lebih menarik dengan menggunakan mika serta blok warna sebagai pewarna. Anda boleh mencari  maklumat lanjut mengenai cara menggunakan dan mengendalikan pewarna sabun yang selamat untuk kulit dalam post ini. Sebenarnya, kami tidak mengesyorkan jenis pewarna seperti pewarna makanan atau krayon disebabkan bahan tersebut belum pernah dicuba mahupun diluluskan untuk tujuan kegunaan sabun. Pewarna ini lebih cenderung untuk berubah dan menjadi pudar.

Langkah Keselamatan

Asas sabun mula untuk mencair pada suhu 120F. Pastikan anda menggunakan peralatan tahan haba dan kerja sebegini perlu dikendalikan dengan berhati- hati. Sabun yang dicairkan boleh menitis atau terpercik pada kulit. Ketika mengkraf dengan kanak- kanak, pastikan mereka cukup umur untuk memegang bekas mereka sendiri. Dinasihatkan agar dewasa  sentiasa ada untuk  mengawasi mereka. 

Langkah seterusnya...

Setelah anda mahir dan tahu asas-asas cara membuat sabun ini, anda boleh cuba membuat sabun yang lebih kreatif dengan menggunakan teknik lebih canggih seperti teknik lapisan, pusingan, 3D dan pelbagai lagi.  Anda boleh dapatkan, tips serta tutorial untuk membuat sabun melalui kaedah cair dan tuang di sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi…

Kami baru sahaja terbitkan sebuah lagi ebook baru Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ebook panduan ini, boleh klik pada gambar atau butang dibawah!