Klik Untuk Bantuan
logo-HANDMADE-SOAP.png

MySabun.Com

Tukarkan Hobi Menjadi Bisnes

Perbezaan antara Sabun Melt & Pour dan Sabun Cold Process.

Apakah itu sabun Cair & Tuang (Melt & Pour Soap)  sebenar dan bagaimana ia berbeza dengan sabun daripada Cold Process? Ini merupakan soalan cepu emas. Sebenarnya, dalam bidang pembuatan sabun ini, terdapat dua jenis sabun berlainan iaitu, sabun proses sejuk yang dihasilkan daripada bahan asas serta sabun cair dan tuang.

Apa Perbezaan Utama?

Bagi sabun daripada proses cair dan tuang, anda tidak perlu menghasilkan resipi, menggunakan soda kaustik ataupun risau mengenai isu- isu lain yang biasa berlaku dalam proses pembuatan sabun tradisional. Sebenarnya, anda hanya perlu mencairkan asas sabun yang telah dibuat (sedia ada), menambahkan dengan pilihan warna dan wangian serta membentuk mengikut reka bentuk yang diingini. Tambahan pulak, asas sabun itupun berbeza sedikit dengan sabun proses sejuk tradisional. Ia perlu berbeza kalau tidak, anda tidak dapat mencairkannya nanti.

 

Walauapapun, sabun daripada proses cair dan tuang masih merupakan sabun sebenar dan diperbuat daripada Iye (dikenali sebagai natrium hidroksida atau soda kaustik). Cuma orang lain pulak yang tolong sediakan asas untuk anda. Oleh sebab itu, sabun cair dan tuang biasanya sesuai untuk kanak- kanak. Lebih- lebih lagi, asas sabun ini mengandungi kandungan gliserin (berasaskan sayuran) sehingga 50%. Gliserin inilah yang memberikan tekstur khas kepada sabun. Secara kebetulan pulak, gliserin ini merupakan sejenis humektan, bermakna ia mudah menarik lembapan. Ini merupakan perkara baik apabila menggunakannya pada kulit walaupun sabun cair dan tuang lebih mudah untuk menghasilkan wap apabila disimpan di persekitaran  lembap.

Di samping itu, sabun ini turut mempunyai ciri tersendiri, di mana ia kelihatan lutsinar atau legap, dan kadang- kadang ada jugak yang kelihatan lebih berkilat. Gambar di bawah ini bukan milik saya, tetapi dari segi kilauan lut sinar,  saya pasti ia disediakan daripada proses cair dan tuang.

 

Adakah proses cair dan tuang bukan asli? Memang tidak sama sekali pada pandangan saya.  Membuat sabun daripada bahan asas bukan mudah untuk semua. Lebih- lebih lagi, anda memerlukan pengetahuan teknikal serta pemahaman sains berkaitan dengan pembuatan sabun. Sebab itu, bagi sesiapa yang mula belajar membuat sabun, anda boleh bermula dari teknik  cair dan tuang. Sebenarnya, membuat sabun ini boleh melatih diri anda menjadi kreatif dan turut terdapat artis yang terkenal dalam menghasilkan sabun cair dan tuang. Terdapat pelbagai jenis asas sabun yang boleh dipilih dan oleh itu, kadang- kadang ramai orang mula penat dengan pilihan banyak dan bercadang untuk beralih ke sabun proses sejuk.

Bagaimana sabun proses sejuk berbeza daripada sabun cair dan tuang?

Bagi proses ini, anda perlu membuat sabun daripada bahan asas seperti mentega semulajadi, minyak serta Iye (natrium hidroksida). Kesemua bahan- bahan dinyatakan akan dicampurkan untuk menghasilkan sabun melalui proses kimia. Anda akan mencari blog ini menarik jika berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai proses ini.

 

Ia akan mengambil masa untuk anda membiasakan diri memahami proses kaedah sejuk (cara tradisional). Namun, setelah sudah biasa membuat, anda boleh belajar lebih banyak benda. Resipi sendiri yang sesuai dengan jenis kulit, jenis penggunaan dan kelihatan sabun boleh dicipta. Bidang membuat sabun agak luas dan sentiasa berubah dan oleh itu, anda tidak akan berasa bosan belajar membuat sabun.

Kaedah yang saya suka?

Berdasarkan pendapat saya, saya lebih suka proses sejuk disebabkan saya lebih minat membuat sesuatu daripada bahan asas. Selain itu, dengan proses sejuk, saya boleh belajar menjadi lebih kreatif dan fleksibel dengan resipi yang digunakan. Saya turut suka dengan rasa dan tekstur sabun yang diperbuat daripada proses sejuk. Pendek kata, saya suka segala proses pembuatan sabun proses sejuk, kecuali bab mengemas.

 

Ramai orang selalu bertanya saya mengenai proses pembuatan sabun yang sesuai bagi golongan kanak- kanak, dewasa yang mempunyai kesukaran untuk belajar, yang mengalami dementia serta yang minat untuk mempelajari aspek kreatif pembuatan sabun. Di sinilah proses cair dan tuang boleh digunakan. Golongan yang dinyatakan di atas masih boleh melibatkan diri dengan persediaan, pembuatan serta mencipta sabun menggunakan kaedah ini. Anda masih boleh merasa segala kebaikan sama yang membuatkan anda berasa gembira, kreatif dan rasa mencapai sesuatu tanpa sebarang komplikasi. Teknik cair dan tuang turut memang sesuai untuk individu yang ingin membuat sabun berbau harum, bebas kalori dan mengikut kreativiti tanpa melalui sebarang masalah dari segi pemahaman serta kemahiran teknikal.

 

Disebabkan ini, saya memperkenalkan kelas pertama saya mengenai cara cair dan tuang. Saya lebih gembira untuk membantu ramai individu untuk mempelajari teknik ini. Kelas ini boleh diikuti oleh golongan berumur dari 6 hingga 106 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi…

Kami baru sahaja terbitkan sebuah lagi ebook baru Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ebook panduan ini, boleh klik pada gambar atau butang dibawah!