fbpx

Refund and Returns Policy

Item Yang Tidak Boleh Dipulangkan.

  1. Ebook yang telah  dimuat turun. 
  2. Kursus Online

 

Item Yang Boleh Dipulangkan.

Item berikut yang boleh dipulangkan tetapi masih tertakluk kepada syarat dan terma syarikat kami

  1. Produk Doorgift
  2. Produk Fizikal sekiranya dinyatakan dalam ruangan info
 
Polisi bayaran balik dan pemulangan kami berlangsung selama 7 hari untuk produk fizikal dari tarikh pembelian.
 
 
Jika melebihi tempoh tersebut, kami tidak dapat menawarkan bayaran balik penuh atau pertukaran kepada anda.
 

Syarat  Pemulangan & Pembayaran Balik

 
Untuk layak menerima pemulangan, produk yang dibeli mestilah tidak digunakan dan dalam keadaan yang sama seperti anda menerimanya. Ia juga mesti dalam pembungkusan asal. Kami tidak akan menerima mana-mana item yang tidak dalam keadaan asalnya, rosak atau hilang bahagian atas sebab-sebab bukan dari kesilapan kami.

 

Untuk melengkapkan pemulangan anda, kami memerlukan resit atau bukti pembelian.

Setelah pemulangan anda diterima dan diperiksa, kami akan menghubungi anda untuk memberitahu anda tentang kelulusan atau penolakan bayaran balik tersebut.

Jika anda diluluskan, maka bayaran balik anda akan diproses dan akan dipulangkan melalui kaedah pembayaran asal anda, dalam tempoh beberapa hari.

Kami tidak menjanjikan pulangan penuh bayaran balik, ia masih tertakluk pada kondisi item yang kami terima atau juga bergantung pada budi bicara pihak kami.

 

Penghantaran Pulangan Produk Fizikal

Untuk memulangkan produk, anda harus menghantar produk anda ke lokasi dan alamat yang akan kami berikan. Semua kos pemulangan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak anda.

Bergantung pada tempat tinggal anda, masa yang mungkin diambil untuk produk sampai mungkin berbeza-beza.

Jika anda memulangkan item yang lebih mahal, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh dikesan atau membeli insurans penghantaran. Kami tidak menjamin bahawa kami akan menerima item anda yang dipulangkan.

 

Perlukan bantuan?

Hubungi kami di admin@mysabun.com untuk soalan yang berkaitan dengan bayaran balik dan pemulangan.

 

 

 

Shopping Cart
Scroll to Top