logo-HANDMADE-SOAP.png

MySabun.Com

Tukarkan Hobi Menjadi Bisnes

Soap Base @ Bahan Asas Sabun

Apa Itu Bahan Asas Sabun?

Bahan asas sabun  ialah bahan utama yang digunakan untuk membuat sabun Melt & Pour.  Ia adalah sejenis sabun buku yang boleh dicairkan pada suhu melebihi 60⁰C < . Bahan asas sabun ini tidak mengandungi sebarang haruman dan juga warna. Ia juga dikenali sebagai sabun glycerin kerana kandungan glycerin yang tinggi dalam bahan ramuannya.

Bahan asas sabun bergliserin ini juga dihasilkan dari kombinasi minyak atau lemak bersama Lye atau soda kaustik seperti Sodium Hydroxide (NAOH)..  Walaubagaimanapun ia turut difomulasi dengan bahan-bahan lain  seperti glycerol , sorbitol dan bahan surfactants supaya ia mempunyai sifat boleh dicair dan dibentuk semula.  Ia natural dan bersedia menerima bahan tambahan atau ‘additive’ seperti vitamin tambahan dan herba semulajadi.  

Jenis-Jenis Bahan Asas Sabun

Kebanyakkan Sabun Asas ini dibuat dari minyak kelapa sawit dan  dihasilkan dikilang dalam 2 warna iaitu.

  1. Lutsinar/Jernih atau Transperant
  2. Putih Susu atau Opaque

Ini memberikan kelebihan dari segi estatik berbanding dengan sabun yang lain.

 

Secara asalnya bahan asas sabun ini adalah lutsinar. Untuk mendapatkan warna legap atau opaque (warna seakan sabun dove), pewarna putih yang mengandungi pigment titanium dioxide perlu ditambah.  Titanium dioxide adalah sejenis pemutih dan digunakan secara meluas dalam kosmetik, cat , ubat gigi dan sebagainya. 

Soap base jernih akan menghasilkan warna sabun seakan kaca dan berkilat

Soap base jenis opaque akan menghasilkan warna pastel

Sekiranya anda ingin menggunakan sabun opaque atau pewarna putih untuk projek sabun anda, perkara berikut  perlu diberi perhatian:

  •  Pewarna putih dalam sabun ini akan memberikan warna pastel atau pucat kepada sabun anda. Oleh itu sekiranya anda menggunakan sabun putih dan menambahkannya dengan pewarna  seperti warna merah, ia akan menghasilkan warna pink pucat.
  • Sabun putih ini juga lebih berat dari sabun lutsinar, teknik yang tertentu diperlukan sekiranya anda menggunakan kedua-dua jenis sabun ini serentak dalam kraf sabun anda
  • Terdapatnya tompokan serbuk putih kelihatan di permukaan sabun selepas ia dikeluarkan dari acuan. Ini berlaku sekiranya pewarna putih ditambahkan kepada sabun yang masih terlalu panas. Dalam keadaan ini, sabun akan menjadi ringan berbanding partikel titanum dioxide sekiranya ia dimasukkan terlalu awal menyebabkan partikel tersebut terus tenggelam ke dasar acuan sabun.  Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini adalah memastikan sabun tidak terlalu panas ketika pewarna putih ditambahkan.

Kini, selain minyak kelapa sawit, anda juga boleh mendapatkan Sabun Asas yang dihasilkan dari susu kambing, minyak zaitun, madu, kelapa dan sebagainya. Setiap jenis Sabun Asas ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, Sabun Asas biasa yang diperbuat dari kelapa sawit mempunyai sifat melembapkan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Manakala Sabun Asas dari susu kambing  mengandungi bahan semulajadi yang dapat memberikan nutrisi terbaik untuk melembutkan dan mencerahkan kulit. Sabun Asas dari minyak zaitun pula mengandungi vitamin E dan antioksidan yang dapat melembabkan kulit, sementara Sabun Asas dari kelapa menghasilkan banyak buih dan sesuai untuk sabun mandi walaubagimanapun ia kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

Dengan pelbagai jenis Sabun Asas yang tersedia, anda boleh memilih jenis yang sesuai dengan keperluan untuk mencipta sabun yang anda perlukan untuk kulit anda.

 

Bagaimana untuk menilai kualiti sesuatu bahan asas.

Setiap pengeluar yang berlainan akan menghasilkan bahan asas sabun bergliserin yang mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, anda perlu pandai membuat penilaian supaya anda mendapat produk yang terbaik.

Berikut adalah antara perkara yang perlu anda perhatikan untuk menilai kualiti sesuatu bahan asas sabun yang ada dipasaran.

  • Bahan asas sabun seharusnya tidak mempunyai bau . Sekiranya anda dapati bahan asas tersebut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan ia adalah indikasi bahawa ia menggunakan fomulasi bahan yang bergred rendah. Ia boleh memberikan kesan pada bau sabun yang akan disiapkan nanti.
  • Bahan asas sabun yang baik seharusnya boleh menghasilkan buih mandian yang seakan berkrim dan memberikan kepuasan dalam setiap penggunaan.
  • Bahan asas sabun yang berkualiti tidak akan meninggalkan sebarang kesan seakan lapisan nipis selaput minyak.  Sabun yang terbaik  seharusnya membuatkan kulit anda terasa bersih dari sebarang kesan minyak tapi dalam masa yang sama tidak menyebabkan kulit menjadi kering dan ada iritasi.
  • Bahan asas sabun perlu senang dicairkan dan tidak mengeras dengan cepat . Bahan asas sabun boleh dicairkan pada suhu kira-kira 60⁰C dan jangka masa untuk ia mengeras semula adalah dalam masa 5 minit untuk kuantiti sabun 100g pada suhu bilik. Ia memberi cukup masa untuk anda memasukkan pewarna, pewangi dan sebarang tambahan yang lain
  • Bahan asas sabun seharusnya mempunyai warna yang sekata dan tidak mempunyai mendakkan karat di dalamnya. Sekiranya ada, kemungkinan besar air yang digunakan dalam pembuatan sabun diambil dari sumber yang tidak bersih seperti air tadahan hujan, air paip dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik Untuk Bantuan

Hi…

Kami baru sahaja terbitkan sebuah lagi ebook baru Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ebook panduan ini, boleh klik pada gambar atau butang dibawah!