Soap Calculator Malaysia – Kalkulator Sabun NaOH & KOH
Soap Calculator percuma untuk membantu anda mengira jumlah Sodium Hydroxide (NaOH) bagi sabun bar atau Potassium Hydroxide (KOH) bagi sabun cecair berdasarkan berat minyak, nilai SAP, lye discount dan lye concentration.
Apa Itu Soap Calculator?
Soap Calculator ialah alat pengiraan formulasi sabun yang membantu menentukan berapa banyak alkali atau lye diperlukan untuk sesuatu campuran minyak dan lemak. Setiap minyak mempunyai nilai SAP (saponification value) yang berbeza, jadi jumlah NaOH atau KOH tidak boleh ditentukan hanya berdasarkan jumlah berat minyak.
Dengan MySabun Soap Calculator, anda boleh memilih minyak yang digunakan, masukkan berat dalam gram dan melihat peratus setiap minyak secara automatik. Calculator kemudian mengira NaOH untuk sabun bar atau KOH untuk sabun cecair, jumlah air, lye discount, lye concentration, water : lye ratio serta anggaran berat batch.
Untuk formula sabun bar, calculator turut memaparkan anggaran sifat formula berdasarkan profil fatty acid seperti kekerasan, kuasa membersih, kelembutan pada kulit, buih besar dan buih berkrim. Nilai ini ialah panduan formulasi dan bukan keputusan ujian makmal.
Sodium Hydroxide (NaOH) dan Potassium Hydroxide (KOH) ialah bahan mengakis. Pakai sarung tangan dan perlindungan mata, bekerja di kawasan berventilasi baik dan sentiasa masukkan lye ke dalam air — bukan air ke dalam lye. Kiraan ini membantu formulasi; ia bukan pengesahan keselamatan produk siap.
Faham Dulu Sebelum Kira
Klik mana-mana istilah untuk faham maksud dan kepentingannya.
Apa itu SAP Value?
Nilai SAP menunjukkan jumlah mg Potassium Hydroxide (KOH) yang diperlukan untuk menyaponifikasikan 1 gram minyak atau lemak. Setiap minyak mempunyai nilai berbeza dan nilai sebenar sesuatu batch boleh berubah.
Apa itu NaOH?
Sodium Hydroxide (NaOH) ialah alkali yang biasa digunakan untuk menghasilkan sabun bar melalui proses saponifikasi. Ia perlu ditimbang dengan tepat dan dikendalikan dengan langkah keselamatan yang betul.
Apa itu KOH?
Potassium Hydroxide (KOH) ialah alkali yang biasa digunakan untuk menghasilkan sabun cecair. KOH komersial mungkin mempunyai ketulenan kurang daripada 100%, jadi gunakan nilai purity daripada label atau COA pembekal.
Apa itu Lye Discount?
Lye discount ialah pengurangan jumlah lye daripada jumlah teoritikal yang diperlukan pada 0%. Ia memberi margin supaya formula tidak menggunakan lye pada jumlah maksimum teoritikal. Nilai lebih tinggi tidak semestinya lebih baik.
Lye Discount vs Superfat?
Kedua-duanya berkait tetapi dilihat dari sudut berbeza: lye discount mengurangkan lye, manakala superfat menerangkan lebihan minyak/lemak yang tidak disaponifikasikan. Dalam penggunaan harian, istilah ini sering digunakan hampir sama.
Apa itu Lye Concentration?
Peratus berat lye dalam campuran lye + air. Contohnya 33% bermaksud kira-kira 33 bahagian lye dalam 100 bahagian larutan lye. Ia mempengaruhi jumlah air dan tingkah laku proses.
Apa itu Water : Lye Ratio?
Nisbah berat air kepada lye. Contoh 2:1 bermaksud kira-kira 2 g air bagi setiap 1 g lye. Calculator akan paparkan nisbah setara berdasarkan lye concentration yang dipilih.
Apa itu Lye Purity?
Ketulenan sebenar NaOH atau KOH. Jika pembekal menyatakan purity kurang daripada 100%, jumlah bahan yang perlu ditimbang berubah. Gunakan nilai daripada label atau COA pembekal — jangan meneka.
Kenapa SAP boleh berbeza?
Minyak ialah bahan semula jadi. Varieti, proses, pembekal dan batch boleh menyebabkan variasi. Jika supplier memberi nilai SAP sebenar atau Certificate of Analysis (COA), gunakan nilai tersebut untuk kiraan yang lebih tepat.
Apa itu Fatty Acid Profile?
Profil fatty acid ialah anggaran peratus asid lemak utama dalam sesuatu minyak seperti lauric, palmitic, stearic dan oleic. Ia digunakan untuk menganggarkan sifat formula seperti hardness, cleansing, conditioning dan jenis buih. Nilainya boleh berbeza mengikut sumber dan batch minyak.
Apa maksud Anggaran Sifat Sabun?
Hardness (Kekerasan), Cleansing (Kuasa Membersih), Conditioning (Kelembutan pada Kulit), Bubbly (Buih Besar) dan Creamy (Buih Berkrim) ialah indeks perbandingan berdasarkan profil fatty acid formula. Ia membantu membandingkan resipi, tetapi bukan ujian makmal, bukan jaminan prestasi dan bukan ukuran keselamatan atau kesesuaian pada kulit.
Pilih Minyak & Berat
Masukkan berat minyak dalam gram. Anda boleh guna SAP rujukan MySabun atau override dengan SAP supplier/COA.
Tetapan Formula
Ringkasan Formula
*Jumlah minyak + lye + air sahaja; belum termasuk pewangi, warna atau bahan tambahan.
Anggaran Sifat Sabun
Skor ini ialah indeks perbandingan formula, bukan keputusan ujian makmal. Julat rujukan ialah panduan umum; formula di luar julat masih boleh menghasilkan sabun yang baik.
Rumusan Formula Anda
Lihat Fatty Acid Profile formula
Profil fatty acid ialah nilai rujukan/anggaran bagi minyak biasa. Batch sebenar boleh berbeza.
Pecahan Kiraan Minyak
| Minyak | Berat | % Formula | SAP KOH | SAP NaOH | NaOH @ 0% | Sumber |
|---|
Cara Menggunakan Soap Calculator MySabun
- Pilih minyak atau butter dan masukkan berat setiap bahan dalam gram.
- Pilih jenis alkali: NaOH untuk sabun bar atau KOH untuk sabun cecair.
- Tetapkan lye discount, lye concentration dan purity berdasarkan formula serta maklumat bahan anda.
- Tekan Kira untuk mendapatkan jumlah lye, air, peratus minyak dan ringkasan formula.
- Semak nilai SAP dan sumber. Jika pembekal memberi SAP atau COA khusus, gunakan nilai tersebut untuk kiraan yang lebih tepat.
Soap Calculator digunakan untuk apa?
Ia membantu mengira lye dan air berdasarkan minyak yang dipilih supaya pembuat sabun boleh merancang formula dengan lebih tersusun sebelum membuat batch.
NaOH atau KOH — mana satu perlu dipilih?
NaOH biasanya digunakan untuk sabun bar. KOH biasanya digunakan untuk sabun cecair atau soap paste. Pilih mengikut jenis sabun yang hendak dibuat.
Apa itu SAP dalam Soap Calculator?
SAP ialah nilai saponifikasi yang menunjukkan keperluan alkali bagi sesuatu minyak atau lemak. Minyak berbeza mempunyai nilai SAP yang berbeza.
Adakah Soap Calculator menjamin formula selamat?
Tidak. Calculator membantu pengiraan formulasi tetapi bukan pengesahan keselamatan produk. Semak bahan, purity, SAP, prosedur kerja dan kiraan sebelum menghasilkan batch sebenar.
Nak Bina Bisnes Sabun Dengan Lebih Tersusun?
Soap Calculator ialah salah satu tools percuma MySabun. Jika anda mahu panduan yang lebih lengkap, MySabun Home Business Starter Pack membantu anda daripada memilih arah bisnes, mengira kos dan harga, membuat semakan sebelum menjual, membina sistem jualan, menghasilkan content hingga grow online.
Sumber & Metodologi
Nilai SAP ialah nilai rujukan. Nilai sebenar minyak boleh berbeza mengikut jenis, pembekal dan batch. Jika supplier menyediakan SAP sebenar atau COA, gunakan nilai tersebut.
Lihat Master SAP Table MySabun
| Minyak / Lemak | SV Default | SAP KOH | SAP NaOH | Julat | Sumber |
|---|---|---|---|---|---|
| Coconut Oil / Minyak Kelapa | 256.5 mg KOH/g | 0.2565 | 0.1829 | 248–265 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Kernel Oil / Minyak Isirung Sawit | 242.0 mg KOH/g | 0.2420 | 0.1725 | 230–254 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Oil / Minyak Sawit | 199.5 mg KOH/g | 0.1995 | 0.1422 | 190–209 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Olein | 198.0 mg KOH/g | 0.1980 | 0.1412 | 194–202 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Palm Stearin | 199.0 mg KOH/g | 0.1990 | 0.1419 | 193–205 | Codex Codex CXS 210-1999 |
| Olive Oil / Minyak Zaitun | 190.0 mg KOH/g | 0.1900 | 0.1355 | 184–196 | Codex Codex CXS 33-1981 |
| Beef Tallow / Lemak Lembu | 196.0 mg KOH/g | 0.1960 | 0.1397 | 190–202 | Codex Codex Standard for Edible Fats |
| Sweet Almond Oil / Minyak Badam | 194.0 mg KOH/g | 0.1940 | 0.1383 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Avocado Oil / Minyak Avokado | 187.5 mg KOH/g | 0.1875 | 0.1337 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Apricot Kernel Oil | 192.0 mg KOH/g | 0.1920 | 0.1369 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Macadamia Nut Oil | 195.0 mg KOH/g | 0.1950 | 0.1390 | 190–200 | Technical Macadamia technical specification / ISO 3657 method |
| Castor Oil / Minyak Jarak | 181.5 mg KOH/g | 0.1815 | 0.1294 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Shea Butter | 188.0 mg KOH/g | 0.1880 | 0.1340 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Cocoa Butter | 196.5 mg KOH/g | 0.1965 | 0.1401 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
| Mango Butter | 191.5 mg KOH/g | 0.1915 | 0.1365 | — | HSCG HSCG Expert Certification reference |
Last reviewed: 1 November 2026. SAP KOH = SV ÷ 1000. SAP NaOH = SAP KOH × 0.713.
