Anda nak belajar cara buat sabun handmade? Mahu jana pendapatan tambahan untuk keluarga hanya dari rumah?
Saya Azmawati Zohri @ Adjemz, pemilik dan pengasas MySabun.Com
Saya mula mengenali kraf sabun ini sejak dari tahun 2005 lagi ketika mencari doorgift untuk perkahwinan. Semenjak saat itu, saya mula belajar sendiri cara buat sabun handmade dan cuba menghasilkan pelbagai rekabentuk sabun unik.
Pada peringkat awal adalah sekadar suka-suka sahaja sambil mengambil tempahan dari keluarga dan kawan-kawan. Lama kelamaan, saya mula mendapat permintaan untuk mengajar buat sabun. Saya turut menghasilkan kit lengkap buat sabun untuk pelanggan yang mahu belajar buat sendiri atau yang tinggal jauh dari tempat saya. Sehingga saya berjaya buka kedai untuk menjual bahan mentah buat sabun dan studio sabun saya sendiri.
Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini

Saya amat menggalakkan anda untuk belajar hobi dan kemahiran cara buat sabun handmade ini. Sabun-sabun yang dihasilkan sendiri ini telah terbukti lebih baik untuk kulit kerana kita boleh menentukan sendiri bahan-bahan berkhasiat semualajadi yang terbaik untuk kulit kita. Tak perlu lagi berhabisan duit membeli produk-produk di pasaran yang mahal harganya. Kita juga boleh memastikan sepenuhnya produk yang digunakan oleh keluarga kita selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya.
Selepas anda belajar teknik & cara buat sabun handmade sendiri anda boleh menghasilkan pelbagai jenis sabun. Selain menggunakan sendiri sabun yang anda hasilkan, anda juga boleh berkongsi kemahiran anda dengan orang lain dan jadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga anda.
Anda boleh mempelbagaikan idea dan cara untuk anda buat duit dengan produk sabun ini. Macam-macam bisnes sampingan juga boleh anda buat sama ada secara full time dan juga part time. Tak perlu risau tentang persaingan kerana anda boleh cipta modul bisnes anda sendiri mengikut keperluan, minat dan kemahiran anda.
Sekiranya anda masih baru dalam bidang sabun handmade, langkah pertama anda perlu mendapatkan ebook ini.
Dalam ebook ini, anda akan belajar perkara asas yang penting berkaitan jenis-jenis pembuatan sabun, panduan pengiraan kos dan keuntungan dan juga langkah-langkah untuk anda memulakan bisnes sabun dari rumah.
Ebook ini akan membantu anda untuk memilih jenis sabun dan niche yang terbaik untuk anda bermula!
Ya! Selain sabun, kini anda juga boleh belajar menghasilkan produk skincare menggunakan bahan semulajadi dan herba termasuk langkah untuk mendaftarkan produk anda.
Ini peluang anda membina jenama produk anda sendiri bermula dari rumah!
Secara peribadi, saya sendiri telah berjaya membuktikan yang bisnes berasaskan hobi ini berpotensi menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun hanya dari rumah dan berbekalkan dengan modal yang kecil sahaja. Yang penting adalah minat, usaha dan sentiasa belajar pelbagai ilmu baru untuk majukan diri sendiri.
Jadi, bersandarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes secara online, kini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya ada untuk membantu anda memulakan, menguruskan dan menjalankan bisnes sabun secara online.
Kami menyediakan pelbagai kursus berkaitan produk sabun dan penjagaan kulit dan kecantikan khas untuk anda. Semua kursus ini akan dikendalikan oleh pakar yang berpengalaman. Anda boleh pilih untuk belajar bersemuka 1 to 1, secara perkumpulan atau secara online.
Berikut adalah antara kursus yang kami tawarkan. Sekiranya anda mahu belajar resepi tertentu yang menggunakan produk anda sendiri pun boleh.
Untuk pertanyaan boleh klik pada gambar dan nama produk di bawah.
Sabun minyak masak terpakai, sabun ekzema, sabun badan, sabun bayi, sabun pencerah & soap base
Sabun pemutih, sabun, jerawat, sabun resdung dan sabun decor untuk cenderahati
Sabun basuh pinggan, acne cleanser, gel mandian bidara, syampu rambut, gel mandian bayi, head to toe bodywash, feminine wash,
Set pencuci muka, set rawatan jeragat dan jerawat, masker dan body scrub, minyak urut, natural deodorant, minyak aromaterapi, set produk ibu berpantang/mengandung, body cream & lotion.
Sekiranya anda mahu bisnes anda dilihat lebih profesional, meningkatkan brand awareness dan juga tersenarai di google walaupun hanya beroperasi di rumah saja, anda perlu ada website! Kini anda boleh menempah website dengan kami.
Untuk mendapatkan sebutharga kursus dan menempah slot kelas, sila klik butang di bawah.