logo-HANDMADE-SOAP.png

MySabun.Com

Tukarkan Hobi Menjadi Bisnes

Hobi Buat Sabun Sendiri Dengan Kaedah Melt & Pour

Pernahkah anda bercita-cita untuk buat sabun sendiri dirumah?

Sekiranya anda mempunyai bahan-bahan dan mengetahui teknik membuat sabun, ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan dan menguntungkan kerana anda berpeluang menghasilkan sendiri sabun di rumah. Selain untuk digunakan oleh anda dan keluarga,  ia juga memberikan satu peluang kepada anda menjalankan perniagaan produk sabun buatan anda sendiri

Menghasilkan sabun sendiri memberikan anda sepenuhnya kawalan terhadap bahan-bahan dan khasiat yang anda inginkan.  Selain itu,  kombinasi Lye bersama lemak atau minyak sewaktu proses membuat sabun akan menghasilkan  gliserin. Gliserin  ini penting kerana ia bertindak sebagai pelembab semulajadi. Ia memerangkap partikal air dalam udara dan membentuk satu lapisan lembapan di permukaan kulit. Sabun bayi khasnya mengandungi kandungan gliserin yang tinggi bagi mengelakkan iritasi dan memberikan kelembapan tambahan kepada kulit bayi yang lembut.

Secara  asasnya,  sabun terhasil daripada tindak balas kimia antara lemak haiwan atau minyak tumbuhan dengan Lye atau soda kaustik seperti Natrium Hidroksida (NAOH) atau Kalium Hidroksida (KOH).  Proses tersebut dikenal sebagai tindak balas saponifikasi.  Walaubagaimanapun perlu diingatkan  bahawa ‘Lye’ bersifat menghakis. Ia perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Silap gaya boleh melecur  tangan.

Sekiranya anda tidak tau cara-cara membuat sabun atau pun tidak mahu mengendalikan Lye yang agak berbahaya, anda boleh juga menghasilkan sabun sendiri yang kaya dengan gliserin dirumah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencipta sabun kecantikkan anda sendiri dengan selamat tanpa melibatkan penggunan bahan-bahan kimia berbahaya. Caranya amat mudah iaitu dengan menggunakan bahan asas sabun berglyserin >> KLIK SINI

Anda boleh menghasilkan sabun idaman anda yang mewah dengan khasiat kecantikkan dengan hanya   menggunakan kaedah Melt & Pour atau ‘Cair-&-Bentuk’  sahaja, 

Klik sini utk belajar caranya >> KLIK SINI

Keistimewaan Hobi Membuat Sabun dengan kaedah  Melt & Pour

Hobi membuat sabun Melt & Pour sesuai untuk merangsang dan memupuk kreativiti anak anda

 

Membuat sabun dengan kaedah  ini mempunyai pelbagai kelebihan antaranya ialah

1) Oleh kerana proses membuat sabun menggunakan teknik “Melt & Pour ” ini tidak melibatkan sebarang bahan kimia berbahaya, anda boleh menggunakan  peralatan sedia ada di dapur anda. Lepas habis buat sabun, basuh dan boleh pakai semula untuk kerja-kerja memasak seperti biasa.

 

2) Sekiranya tak puas hati dengan hasil sabun yang telah dibuat, cairkan semula sabun tersebut dan buat semula..jimatkan?

 

3)Anda boleh  menggunkan apa-apa jenis acuan yang mudah lentur, dan kalis air seperti acuan coklat, acuan kuih atau acuan ais. Boleh juga guna acuan kitar semula seperti kulit telur, bekas botol plastik (potong dan ambil tapaknya), dan sebagainyaa. Sila pastikan bahan-bahan tersebut tahan panas kerana sabun yang cair mempunyai suhu yang agak tinggi

 

4) Hobi ini amat praktikal, selain boleh membina kreativiti, ia juga boleh digunakan  dan dijadikan hadiah kepada yang tersayang

 

5) Hobi Sabun ini juga amat versatile di mana ia boleh dicuba dan  oleh sesiapa sahaja, dari tahap permulaan sehingga lah oleh mereka yang telah pakar. Malah kanak-kanak juga boleh juga membuatnya

 

6) Hasilnya boleh diperolehi dalam masa yang singkat

 

7) Hobi ini boleh dijadikan  sebagai sumber pendapatan sampingan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik Untuk Bantuan

Hi…

Kami baru sahaja terbitkan sebuah lagi ebook baru Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ebook panduan ini, boleh klik pada gambar atau butang dibawah!