fbpx

Hobi Membuat Sabun Cold Process

Sekiranya anda berminat untuk memulakan hobi buat sabun sendiri di rumah, anda boleh memilih antara 2 cara berikut: 

1) Sabun Melt & Pour (MP Soaps)

Cara ini menggunakan bahan asas sabun (Soap Base). Ia merupakan sabun mentah  yang telah siap dibuat di kilang. Anda hanya perlu cairkan semula soap base ini sebelum anda menambah bahan-bahan berkhasiat lain. 

 

Proses penghasilan sabun menggunakan cara ini tidaklah 100% natural kerana ia melibatkan sabun pre made yang telah pun siap dibuat dikilang, tetapi dengan memilih cara ini anda tidak perlu menggunakan lye dan anda masih boleh menentukan bahan-bahan campuran berkhasiat yang anda mahu tambahkan ke dalam sabun.

 

Klik sini untuk info lanjut >>> Hobi Membuat Sabun Dengan Kaedah Melt & Pour

2) Sabun Cold Process (CP Soap)

Secara  asasnya,  sabun terhasil daripada tindak balas kimia antara lemak haiwan atau minyak tumbuhan dengan Lye.  Proses ini dikenal sebagai tindak balas saponifikasi.

 

Oleh sebab inilah, buat sabun menggunakan cara Cold Process adalah 100% natural dan homemade kerana anda boleh memilih sendiri kombinasi minyak yang anda perlukan dan mencampurkannya sendiri dengan Lye. Walaubagaimanapun, cara ini akan melibatkan pengiraan formula antara Lye dan kombinasi jenis-jenis minyak. Anda juga perlu belajar cara mengendalikan lye dengan betul >> Cara Mengendalikan Lye

 

Tetapi jangan risau, Ia tidaklah sesukar yang dibayangkan.  Untuk peringkat permulaan anda hanya perlu mengikut 100% formula-formula yang diberikan dan yang telah ditetapkan oleh pengajar anda. Selepas anda telah agak mahir dan faham asas pembuatan sabun dengan teknik CP ini, barulah anda boleh bereksperimen dengan pelbagai kombinasi minyak dan mencipta sendiri formula sabun anda. 

 

Jika anda berminat untuk mempelajari teknik ini dengan lebih lanjut boleh sertai kelas ini. Sila klik disini.

Keistimewaan Sabun Cold Process

1. 100% Natural.

 Tiada bahan kimia berbahaya. Malah buih yang terhasil dari sabun ini juga adalah buih asli daripada minyak bukan buih sintetik seperti kebanyakan sabun di pasaran, tiada pengawet dan juga tiada bahan-bahan kimia berbahaya yang lain.

2. Khasiat dari minyak yang digunakan terpelihara

 Teknik ini tidak melibatkan pengunaan api, dan proses saponifikasiproses penghasilan sabun) dibiarkan berlaku tanpa paksaan, segala khasiat yang terkandung di dalam minyak yang digunakan untuk menghasilkan sabun ini adalah terpelihara.

3. Sabun berkualiti tinggi.

 

Anda boleh menghasilkan pelbagai variasi sabun dengan melakukan  kombinasi dan memilih minyak-minyak terbaik untuk kulit

4. Kawalan Kualiti dari A-Z

 

Anda boleh kawal keseluruhan proses membuat sabun tersebut. Dari segi bahan yang digunakan dalam sabun, bahan tambahan, bentuk sabun dan juga tahap kebersihan.

Anda boleh tentukan jenis bahan campuran seperti buah/herba untuk ditambah ke dalam sabun mengikut khasiat  yang anda mahukan. Semuanya terpulang kepada kreativiti dan keperluan kulit anda.
 
contoh: Kalau nak tomato soap, blend tomato dan di adun untuk dijadikan sabun. Kulit pun cerah secara semulajadi, 
cold process

5. Glyserin Sebagai Pelembab Semulajadi

 

Proses CP menghasilkan glycerin semulajadi semasa proses saponifikasi(minyak jadi sabun). Glycerin sangat bagus untuk melembutkan dan melembapkan kulit.
Kerana itu jugalah sabun Cold Process sangat berkesan dalam membantu menyelesaikan banyak masalah kulit.

6. Teksturnya Lebih Creamy.

 
Disebabkan gabungan semua minyak dan bahan natural. Sabun homemade akan terasa lembut bila di sapu ke kulit. Sabun CP juga mudah menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan kering dan gatal.
 
 

Nak Belajar Cara Buat Sabun Homemade?

Kalau anda berminat nak join kelas online atau beli buku untuk belajar seni & cara buat sabun homemade boleh klik gambar di bawah....

Jangan lupa bookmark website ini. Saya akan berkongsi lebih banyak info berkenaan hobi dan bisnes buat sabun..

Mahu E-Book Percuma ?

Isi maklumat berikut. Ebook PERCUMA ini akan diemailkan kepada anda

Advertisement

Advertisement

Adjemz Classifieds is an easy way for you to find and post free ads for products and services online. You can easily share ads and promote them using photos or videos through any social media, and…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Lagi
ARTIKEL

Mahu E-Book Percuma Ini?

Isikan maklumat berikut: