logo-HANDMADE-SOAP.png

MySabun.Com

Tukarkan Hobi Menjadi Bisnes

Variasi Pelbagai Jenis Dan Bentuk Sabun

1) Sentiasa Bereksperimen Dengan Pelbagai Idea

Idea untuk menghasilkan sabun yang cantik tidaklah sesukar yang disangkakan, walau apa pun tahap kemahiran anda dalam seni membuat sabun ini. Dengan hanya bereksperimen dengan pelbagai jenis acuan, pewarna, wangian dan juga bahan tambahan istimewa khas untuk sabun, anda juga mampu menghasilkan sabun yang unik dan cantik . Anda hanya perlu rajin mengambil nota kerja untuk setiap teknik tersebut supaya anda boleh mengulangi teknik itu semula nanti.
Membentuk sabun dengan menggunakan acuan pelbagai bentuk adalah cara yang paling mudah untuk memberi kelainan pada sabun anda. Anda boleh mencipta sabun istimewa mengikut acara yang diperlukan. 

 Sekiranya bajet terhad, anda juga boleh menggunakan pencerap kuih.
Dengan hanya menambahkan bahan semulajadi istimewa ke dalam sabun, anda juga boleh mencipta sabun yang sama kualitinya seperti di spa mewah. Antara bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit adalah seperti madu,oatmeal dan shea butter.

2) Pembungkusan Kreatif


Ekspresikan kreativiti & gaya anda dengan pembungkusan . Walaupun dengan menggunakan cebisan kertas dan ikatan riben sahaja, hadiah sabun buatan anda akan nampak lebih eksklusif dan istimewa.

3) Lain-Lain Produk Pelengkap


Setelah anda menjadi pakar dalam menghasilkan sabun ini, anda juga boleh mencuba menggunakan lebihan bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan produk-produk pembersihan dan kecantikan yang lain. Antaranya seperti pencuci berskrub, produk penyegar wajah dan badan, gel mandian, garam mandian, losyen dan banyak lagi  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik Untuk Bantuan

Hi…

Kami baru sahaja terbitkan sebuah lagi ebook baru Panduan Buat Bisnes Sabun Dari Rumah!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ebook panduan ini, boleh klik pada gambar atau butang dibawah!