Apa itu Lye / Soda Kaustik
‘Lye’ atau (sodium hydroxide, NaOH) adalah sebatian kimia berakali yang bersifat menghakis dan berbahaya. Ia juga dikenali sebagai caustic soda. Lye adalah bahan utama yang digunakan dalam proses membuat sabun.
Secara asasnya sabun adalah bahan yang terhasil melalui tindakbalas antara lye dengan lemak atau minyak daripada tumbuh-tumbuhan ataupun haiwan. Tindakbalas ini dikenal sebagai saponifikasi
Lye akan bertindak menghuraikan minyak dan lemak bagi membentuk sabun dan gliserin.
Dalam proses menghasilkan sabun cold process dan sabun hot process, setiap soapmaker perlu tahu cara mendapatkan kuantiti lye yang diperlukan untuk menghasilkan sabun. Terdapat formula dan pengiraan yang perlu dilakukan dulu, bagi memastikan sabun yang terhasil tidak mengandungi lebihan lye yang mana ia boleh merosakkan kulit. Jangan risau, prosesnya tidak lah sukar. Anda perlu tahu menggunakan Lye Calculator sahaja. Hanya masukkan kuantiti dan jenis minyak yang anda gunakan, calculator ini akan memberikan kuantiti lye yang diperlukan.
Sekiranya anda baru belajar buat sabun, anda hanya perlu ikut resipi sabun yang diberikan oleh pengajar anda atau gunakan resipi sabun yang dikongsikan di blog-blog dan group peminat kraf sabun.
Bahaya Lye.
Lye ini bersifat toksik & menghakis. Ia amat sensitif dengan air dan wap air.
Apabila lye bercampur dengan air, haba dan gas akan dilepaskan. Haba ini terlalu tinggi dan boleh menyebabkan melecur teruk sekiranya terkena pada kulit dan boleh menyebabkan buta sekiranya terkena mata. Walaupun dalam keadaan kering, sekiranya anda menyentuh lye tanpa sarung tangan, ia akan menyebabkan lecuran pada kulit anda.
Selain itu, Ia juga mengeluarkan gas, yang boleh membahayakan paru-paru. Kanak-kanak dan binatang peliharaan adalah dilarang untuk berada berhampiran dengan Lye.
Oleh sebab inilah, lye perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Peralatan seperti sarung tangan, penutup hidung dan cermin mata keselamatan perlu digunakan ketika anda ingin mengendalikannya untuk buat sabun
Cara Mengendalikan Lye Ketika Membuat Sabun
- 1. Pakai lengan panjang, seluar panjang, cermin mata keselamatan dan sarung tangan apabila mengendalikan lye.
- 2. Pastikan ruang kerja mempunyai pengudaraan yang baik dan gunakanlah kain penutup hidung & mulut
- 3. Ketika membancuh larutan Lye, jangan tuangkan air ke dalam lye, kerana berbuat demikian boleh menyebabkan tindak balas yang serius.
- 4. Lye bertindak balas dengan bekas aluminium, jadi elakkan dari menggunakan peralatan atau acuan aluminum ( cth: aluminium foil)
- 5. Elakkan dari menggunakan bekas kaca kerana haba yang tinggi dalam tempoh singkat boleh menyebabkan kaca pecah yang akan membahayakan anda. Seeloknya gunakanlah bekas besi tahan karat 'stainless steel' atau plastik tahan panas.
- 6. Gunakan peralatan dan dilabel khas untuk aktiviti membuat sabun. Jangan gunakan peralatan yang sama untuk memasak atau penyediaan makanan keluarga anda.
- 7. Ketika mengendalikan lye, pastikan kawasan kerja tiada kanak-kanak atau binatang peliharaan.
- 8. Bekas yang digunakan untuk menyimpan serbuk atau larutan lye harus ditandakan secukupnya dan disimpan di lokasi yang selamat.
Adakah Sabun Dengan Lye Selamat Digunakan?
Ya, sabun yang dibuat dengan lye adalah selamat digunakan asalkan ia dihasilkan dengan formula dan teknik yang betul. Dalam proses cold process dan hot process, lye akan sepenuhnya bertindak balas dengan minyak, meninggalkan produk akhir yang bebas dari sebarang sisa lye.
Penting untuk diingat bahawa lye sendiri memang bahan yang berbahaya jika digunakan tanpa langkah berjaga-jaga. Tetapi dalam pembuatan sabun, apabila ia bercampur dan bertindak balas sepenuhnya dengan minyak, ia tidak lagi berbahaya. Oleh sebab itu, banyak pengeluar sabun buatan tangan menggunakan lye dengan selamat dan menghasilkan sabun yang selamat untuk kulit.
Mitos Tentang Lye
Ramai yang keliru dengan konsep lye dalam sabun dan seringkali menganggap sabun yang mengandungi lye berbahaya atau tidak sesuai untuk kulit. Hakikatnya, sabun buatan tangan yang dibuat dengan lye adalah lebih lembut dan selamat kerana proses saponifikasi memastikan lye tidak lagi aktif dalam sabun akhir.
Mitos 1: Sabun tanpa lye lebih selamat
- Fakta: Tiada sabun yang boleh dihasilkan tanpa lye. Semua sabun, sama ada sabun buatan tangan atau sabun komersial, memerlukan lye dalam proses pembuatannya. Apa yang membezakan adalah kaedah pembuatan dan bahan yang digunakan.
Mitos 2: Sabun dengan lye akan mengeringkan kulit
- Fakta: Yang dihasilkan dengan lye biasanya mengandungi gliserin semula jadi, yang sebenarnya membantu melembapkan kulit. Banyak sabun komersial yang menghilangkan gliserin dari sabun mereka, menjadikan sabun tersebut lebih mengeringkan.
Nak Belajar Cara Buat Sabun Menggunakan Lye?
Jika anda berminat untuk mula buat sabun sendiri atau malah ingin menjadikan pembuatan sabun sebagai bisnes, kelas online kami adalah tempat yang tepat untuk anda bermula. Kami akan membantu anda memahami dan menguasai teknik membuat sabun natural, serta memberi bimbingan tentang cara menggunakan lye dengan selamat.
Tak perlu risau lagi tentang penggunaan lye – dengan panduan yang betul, anda boleh menghasilkan sabun yang selamat, wangi, dan berkualiti tinggi dari keselesaan rumah anda sendiri!
Sertai kami dan mula belajar buat sabun menggunakan lye hari ini. Hanya satu langkah untuk mengubah hobi anda menjadi peluang bisnes yang menguntungkan. Klik Gambar untuk mendaftar dan mulakan perjalanan kreatif anda!
-
Kelas Sabun Online
Pakej BIZ Sabun Hot Process
RM250.00Original price was: RM250.00.RM110.00Current price is: RM110.00. Add to cart -
Kelas Sabun Online
Pakej BIZ Sabun Cold Process
RM250.00Original price was: RM250.00.RM110.00Current price is: RM110.00. Add to cart
Kesimpulan
Lye adalah komponen penting dalam pembuatan sabun cold process dan sabun hot process tanpa lye, tiada sabun yang boleh terbentuk. Walaupun ia memerlukan langkah berjaga-jaga semasa digunakan, sabun yang dihasilkan dengan lye adalah selamat dan berkesan dalam membersihkan serta menjaga kelembapan kulit.
Jika anda ingin mencuba membuat sabun sendiri di rumah, penting untuk memahami cara penggunaan lye dengan betul dan mengambil langkah keselamatan yang sesuai. Sertai kelas online kami untuk belajar lebih lanjut tentang proses pembuatan sabun cold process dan mula menghasilkan sabun buatan tangan yang unik dan berkualiti!