Idea untuk menghasilkan sabun yang cantik tidaklah sesukar yang disangkakan, walau apa pun tahap kemahiran anda dalam seni membuat sabun ini. Dengan hanya bereksperimen dengan pelbagai jenis acuan, pewarna, wangian dan juga bahan tambahan istimewa khas untuk sabun, anda juga mampu menghasilkan sabun yang unik dan cantik . Anda hanya perlu rajin mengambil nota kerja untuk setiap teknik tersebut supaya anda boleh mengulangi teknik itu semula nanti.
Berikut adalah antara langkah untuk mempelbagaikan varisi produk sabun anda.
1) Sentiasa Bereksperimen Dengan Pelbagai Idea
Dengan hanya menambahkan bahan semulajadi istimewa ke dalam sabun, anda juga boleh mencipta sabun yang sama kualitinya seperti di spa mewah. Antara bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit adalah seperti garam, madu, oatmeal dan shea butter.
2) Cara Membentuk Sabun
Membentuk sabun dengan menggunakan acuan pelbagai bentuk adalah cara yang paling mudah untuk memberi kelainan pada sabun anda. Anda boleh mencipta sabun istimewa mengikut acara yang diperlukan.
Sekiranya bajet terhad, anda juga boleh menggunakan pencerap kuih.
3) Pembungkusan Kreatif
Ekspresikan kreativiti & gaya anda dengan pembungkusan . Walaupun dengan menggunakan cebisan kertas dan ikatan riben sahaja, hadiah sabun buatan anda akan nampak lebih eksklusif dan istimewa.
3) Lain-Lain Produk Pelengkap
Setelah anda menjadi pakar dalam menghasilkan sabun ini, anda juga boleh mencuba menggunakan lebihan bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan produk-produk pembersihan dan kecantikan yang lain. Antaranya seperti pencuci berskrub, produk penyegar wajah dan badan, gel mandian, garam mandian, losyen dan banyak lagi
Nak Tahu Lagi??
Dapatkan ebook Rahsia Bisnes Sabun. Dalam Ebook ini kami bongkarkan lebih lanjut cara untuk memulakan bisnes sabun homemade dari rumah bermula dari zero.
-
E-Book
Set EBook Rahsia Bisnes Sabun
RM160.00Original price was: RM160.00.RM60.00Current price is: RM60.00. Add to cart
Dalam ebook ini, kami kongsikan lebih 21 strategi yang kami gunakan dalam bisnes MySabun.com. Selain itu, anda juga akan belajar perkara asas yang penting berkaitan jenis-jenis pembuatan sabun, panduan pengiraan kos dan keuntungan dan juga langkah-langkah untuk anda memulakan bisnes sabun dari rumah.
Ebook ini akan membantu anda untuk memilih jenis sabun dan niche yang terbaik untuk anda bermula tanpa perlu langgar dinding!
Tapi Kalau Anda Serius Nak Tambah Pendapatan Dengan Produk Sabun
Anda boleh belajar sendiri melalui kelas rakaman online. Klik pada gambar di bawah untuk lihat pakej kursus yang kami tawarkan untuk anda